Assalamualaikum...
hari ni aku ada baca satu artikel tentang diet seimbang..
sebenarnya aku ni taklah berdiet sangat tapi risau lah jugak dengan macam-macam penyakit yang aku dengar lately..for sure penyakit-penyakit ni wujud disebabkan oleh pemakanan kita yang tak seimbang..and aku percaya dengan statement "YOU ARE WHAT YOU EAT"....
kat sini aku paste kan artikel dari utusan malaysia tentang diet di zaman batu..BACA JANGAN TAK BACA!!....
DI zaman batu manusia kuat, tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak.
SEMASA berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.
Apabila berjumpa dengan beberapa doktor di kedua-dua negara, mereka mengesahkan kadar obesiti di sana sangat rendah.
Saya terpanggil untuk meneliti dengan lebih terperinci corak pemakanan yang diamalkan sehingga membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali.
Saya dan Dr. Muzvin yang mengendalikan klinik Isahak di kompleks PKNS Shah Alam terpanggil ke Vietnam sekali lagi dua minggu lalu. Kami membuat suatu eksperimen dengan mengambil makanan Vietnam selama beberapa hari. Kami ingin merasai sendiri budaya makan di sana agar dapat mengubah corak pemakanan ke arah yang lebih baik serta menghebahkan kepada keluarga dan para pembaca yang saya sayangi.
Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.
Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.
Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.
Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.
Di dalam diet kita sehari harian, karbohidrat merupakan komponen terbesar. Di sebelah pagi kita dihidangkan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi, mi serta roti. Makanan berasaskan gandum mengandungi karbohidrat hampir seratus peratus.
Karbohidrat merupakan salah satu gizi makanan yang mustahak untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh kita. Dalam kesihatan moden, karbohidrat boleh dikategorikan sebagai karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik.
Secara asasnya, semua karbohidrat merupakan bahan berstruktur gula. Jenis karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan gula di dalamnya iaitu:
# Monosakarida: 1 unit gula seperti glukosa dan fruktosa
# Dissakarida: 2 unit gula seperti sukrosa dan laktosa
# Oligosakarida dan polisakarida: Banyak unit gula seperti glikogen, kanji dan sellulosa
Secara umumnya, jenis jenis makanan yang mengandungi karbohidrat sihat adalah buah-buahan, kekacang, sayur sayuran.
Buah-buahan
Walaupun buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang sihat, namun begitu tidak semua buah-buahan adalah sama. Buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah seperti nangka atau lemon adalah lebih baik berbanding buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti mangga dan pisang.
Buah buahan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat di dalam darah apabila dimakan. Keadaan ini akan merencat penghasilan hormon yang perlu untuk anti-penuaan dan kesihatan seperti kortisol , growth hormone, testosterone, estradiol, DHEA dan androstenedione.
Peningkatan gula yang tinggi akan merangsang penghasilan hormon insulin di mana insulin akan menukar gula kepada lemak di dalam badan.
Lemak yang dikandung badan akan digunakan semula sebagai tenaga. Proses penukaran lemak kepada tenaga berlaku di mitokondria iaitu kilang tenaga dalam badan. Bagi membolehkan proses ini berlaku, kita memerlukan sistem hormon yang baik. Hormon metabolik perlu berinteraksi dengan enzim bagi membolehkan protein menjana tenaga daripada lemak.
Hormon adalah molekul aktif terbina daripada protein yang dikeluarkan oleh kilang-kilang hormon di seluruh tubuh kita. Otak kita mengeluarkan banyak jenis hormon yang mengawal metabolisme, pembesaran, daya ingatan dan jantung. Malah tidur juga dipengaruhi oleh hormon. Ini bermakna gejala insomnia juga disebabkan hormon yang tidak cukup.
Masalah hormon tidak cukup menjadi persoalan yang amat menarik. Besar kemungkinan faktor makanan kita yang sering ditambah agen pengawet menyebabkan kerosakan pada sistem hormon kita.
Kadar peningkatan gejala diabetes dan jantung membuktikan kepada kita bahawa kerosakan hormon merupakan fenomena moden yang perlu ditangani segera. Begitu juga peningkatan kadar obesiti yang merupakan masalah seluruh dunia. Mereka yang obes bukanlah seratus peratus disebabkan makan banyak. Masalah ini berpunca daripada kerosakan hormon dan menjadi kitaran obesiti yang menakutkan. Kita harus mengkaji amalan pemakanan di negara yang belum tercemar dengan budaya pemakanan dari barat. Kita harus mencontohi cara pemakanan yang sebegitu.
Toksin di dalam karbohidrat merosakkan kesihatan kita sekali gus menjadikan kita lemah, lesu, cepat tua dan diserang pelbagai penyakit.
Makanan yang terbaik adalah makanan yang tidak perlu dimasak lama. Tiada toksin di dalamnya yang perlu dibuang melalui pemanasan. Seandainya makanan itu perlu dimasak lama sebelum boleh dimakan itu bermakna makanan tersebut mempunyai toksin yang banyak. Kalau dimakan mentah akan memudarat dan mendatangkan penyakit. Saya memberi contoh kentang, nasi dan ubi yang tidak boleh dimakan mentah. Ikan dan daging lebih cepat masak berbanding nasi. Cuba anda fikirkan yang manakah yang lebih selamat dimakan. Di zaman batu (paleolithic) manusia sangat kuat tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak. Diet paleolithic menjadi satu isu yang menarik untuk dikaji.
ermm..agak-agaknya boleh ke aku nak berdiet macam di zaman batu??
tepuk dada tanya iman lah ye...
bye...
Thursday, February 17, 2011
Wednesday, February 16, 2011
Sedetik Lebih-Anuar Zain
Pagi tadi aku sempat dengar lagu nie masa on the way ke ofis..so bila jer ada masa free aku try search lirik lagu ni..alangkah syahdunya..tiba-tiba jiwang karat lak qistinamom ni...hehe..tak pe lah kan sekali sekala..aku nak dedicate this song to my luvly hubby...jom nyanyi..........
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Tuesday, February 15, 2011
Menu Cuti Maulidur Rasul-Spaghetti Bolognaise
Bersempena cuti Maulidur Rasul hari ni aku berkesempatan untuk masak lunch..riefqy request suruh mama dia masak spageti..so aku layan jer lah.yang penting hero aku ni nak makan (mamat nie memang payah sikit nak makan)..so kat sini aku sertakan resepinya..
Bahan-Bahan:
1 peket spageti (direbus bersama satu sudu kecil minyak)
1 tin tomato puree
1 tin cendawan butang
1 batang lobak merah (dipotong nipis)
2 biji bawang besar (dipotong nipis)
3 biji tomato (dipotong kecil)
Gula dan garam secukup rasa
150 gm daging cincang
1 sudu teh serbuk lada putih
4 ulas bawang putih
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga ia wangi.
Masukkan lobak merah, daging,tomato puree dan setengah cawan air.
Apabila mendidih, masukkan spageti, cendawan, gula dan garam.
Masak sehingga ia pekat..siap.....
kat bawah nie ada beberapa pic from my mobile uploads...zass...LAYAN.....
spageti yang telah siap(hias sikit dengan bawang goreng)
kuah spageti yang pekat & mantopp
sedia untuk dimakan-for me
sedia untuk di makan-for qistina
sedia untuk di makan-for riefqy (request nak add sausage lak)
nyum..nyumm...
pakai tangan jerlah

Monday, February 14, 2011
aqeef dah 7 bulan...
assalamualaikum..
semalam genap aqeef berusia 7 bulan.tapi yang tak bestnya pagi semalam aqeef demam..tak tinggi sangat pun (37.4)..aku kasi gak aqeef makan ubat demam then aku tidurkan dia dalam bilik aircond untuk cepat turunkan suhu badan (from dr lim wei tsair suggestion).petang aqeef dah ok..tapi malam tadi aqeef start demam lagi..so far aqeef taklah merengek cuma aku risau gak la takut demam ni melarat..
badan aqeef pun dah susut sekarang.sejak akhir-akhir ni dia susah betul nak minum susu formula.terpaksa la full 'bf'..hari ni mama dah start kerja.hope aqeef sihat cepat ye..kat sini aku upload sikit pic aqeef yang aku sempat snap semalam...zass...LAYAN....

Sunday, February 13, 2011
Menu Hari Ini
assalamualaikum..
hari ni aku nak share menu yang aku masak untuk lunch..
simple-simple jer lauk untuk lunch ni..lagipun kat dalam fridge just ada ayam je so no choice la..
ayam goreng sambal
sup sayur (bayam+cendawan+carrot+brokoli)
sebagai penambah rasa aku letakkan sedikit ikan bilis dan fish cake
sambal belacan (menu ni memang tak boleh tinggal)
ayam goreng kunyit (untuk riefqy & qistina)
chicken porridge (aku add jugak carrot,bayam,brokoli & tauhu bulat)
menu ni untuk aqeef
ok kawan-kawan...next time aku post lagi menu-menu yang lain k..
bye....

Friday, February 11, 2011
Muhasabah Diri
hari ni aku just nak share beberapa ayat power yang sedikit sebanyak dapat 'up' kan sikit mood aku yang agak down sejak 2 menjak ni...LAYAN.......
No. 1
Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.
If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.
~ Thomas Jefferson
No. 2
Hidup ini singkat. Tidak ada waktu untuk meninggalkan kata-kata penting tak terkatakan.
Life is short. There is no time to leave important words unsaid.
~ Paulo Coelho
No. 3
Dalam kehidupan ini kita tidak dapat selalu melakukan hal yang besar. Tetapi kita dapat melakukan banyak hal kecil dengan cinta yang besar.
In this life we cannot always do great things. But we can do small things with great love
~Mother Teresa
No. 4
Sukses adalah sebuah perjalanan, bukan tujuan akhir
Success is a journey, not a destination.
~ Ben Sweetland
No. 5
Bermimpilah seperti jika anda akan hidup selamanya, jalani hidup seperti jika anda akan mati hari ini.
Dream as if you’ll live forever, live as if you’ll die today.
~ James Dean

Wednesday, February 9, 2011
PruBSN UMMAH
Memenuhi keperluan Rohaniah, Perlindungan dan Simpanan.....semuanya dalam satu!!
-Pelan PruBSN Ummah-
Ramai di antara kita yang merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi.
PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.
Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti.
Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama, memastikan anda dilindungi.
PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda tumpuan dalam persiapan rohaniah-dunia dan akhirat.
kalau nak tau detail lagi tentang pelan ini,bolehlah tinggalkan nama dan phone num diruangan comments..agen bertauliah akan menghubungi anda...terima kasih

Subscribe to:
Posts (Atom)