macam biasa time cuti hujung minggu riefqy mesti request mama dia buat kek..
so petang tadi aku layankan lah tekak dia tu..tapi aku tak buat kek..aku buat puding karamel jer..simple jer resepi ni (thanx to wani coz share resepi best ni)
Bahan-bahan
10 biji telur
1 tin susu pekat
1 camca besar esen vanilla
Air satu gelas
Gula 3 sudu
Cara membuatnya
Masukkan gula dalam loyang dan kemudian panaskan ia atas api yang kecil.
Biarkan sehingga warnanya kuning keemasan dan ketepikan.
Pukul telur, susu, esen dan air lebih kurang 5-7 minit.
Masukkan adunan ini ke dalam loyang yang mengandungi gula hangus.
Kukuskan adunan selama 20-25 minit.
Masukkan ke dalam fridge dan bolehlah dipotong (terbalikkan terlebih dahulu)
sebelum dihidangkan...
Senang kan????....
Sunday, February 27, 2011
Menu Hujung Minggu
Untuk lunch hari ni aku memang dah plan nak masak ketam..memandangkan dah lama tak makan ketam so aku pun belilah kat tesco semalam..taklah fresh sangat ketam kat situ tapi boleh lah janji ada kan...so kat sini aku nak share sikit resepi ketam sambal bersalut telur...
Mula-mula, bersihkan ketam.
Kisar halus bawang besar, bawang putih dan halia.
Kisar lada kering.
Tumis bahan kisar sama macam masak sambal tumis.
Perisakan dengan garam, gula dan asam keping (kalau xguna asam keping boleh guna asam jawa)
Bila tumisan dah masak, garing dan cukup rasa, masukkan ketam yg telah dibersihkan. gaul dan tutup sekejap hingga masak...
Pukul telur, setelah ketam masak siramkan ketam dengan telur dan gaul.... ketam akan bersalut dengan telur dan sambal... bila telur dah sebati angkat dan sedia untuk dihidang....
untuk sayur pulak..hari nie aku decide nak masak sayur lemak..oleh kerana ada labu kat rumah so apalagi layan....nie aku share sikit resepi lemak labu
Mula-mula, letakkan labu yang telah dipotong dengan bawang merah& ikan bilis tumbuk.
Tambahkan air sehingga labu tenggelam..Masak sehingga labu empuk.
Masukkan santan, sedikit serbuk kunyit dan garam.Biarkan sehingga kuah mendidih. Masukkan sedikit bayam, kubis bunga dan carrot (untuk tambahan jer)..tadaaa...dah siap
bubur aqeef lak sempoi jer hari ni..aku masak bubur labu..tapi aku add gak sikit carrot dan ikan tenggiri...nie pic nye before di blend...

Menu Breakfast
Bangun tidur pagi ahad nie jer aku dah tercari-cari idea nak masak apa untuk breakfast.normally aku nie jarang ambil heavy breakfast tetapi memandangkan my hubby memang nak heavy breakfast so apa kata pekena mee bandung lak hari minggu ni..
pes mee bandung memang dah ada kat rumah..so senang kerja lah sikit...tak sampai 15 minit dah siap....well, breakfast is ready to be served!~~

Saturday, February 26, 2011
Shopping Time!!!
pagi ni aku plan nak ke mydin,MITC coz banyak barang-barang dapur yang dah habis.nak cari lauk pauk untuk minggu ni sekali.almaklumlah kat bandaraya tangkak ni semua barang memang cekik darah mahalnya.so memang mydin la yang jadi destinasi untuk we all satu family belanja barang dapur..
10.30 am we all gerak dari rumah..macam biasa yang ikut just eky & qist..aqeef macam biasa ngan bibik lah ye..(cian die..nanti dah besar leh ikut mama k)..
dalam perjalanan aku decide nak singgah ke satu kedai baby shop YF Yong Fong kat duyong,melaka..before this aku pernah pergi kedai ni tapi di bachang..so this time nak lah gi another branch di duyong..address & map pun tak bawak,so terpaksa la menggunakan GPS..alhamdulillah cari punya cari jumpa lah kedai ni..tetapi alangkah malangnya kedai ni tutup la pulak...huhu...sadis sadis....so nak tak nak we all pun pergilah ke bachang gak..sebenarnya bukan xde kedai lain tetapi memandangkan offernya yang agak mantap (dari brochure yang dihantar ke rumah oleh PANTAI AYER KEROH),aku pun apalagi CARGASSSS...
hasil barangan yang aku dapat dari kedai ni ialah basikal untuk riefqy..qistina dapat 'my first book'..then anoher one, colouring book pun untuk riefqy gak..
next destination sepatutnya ke mydin tapi aku decide nak shopping barang dapur di tesco..dah lama gak tak pergi tesco since mydin MITC launch..gedebak gedebuk lebih RM 300 gak lah we all spend di tesco..barang-barang pun dah makin mahal..so nak buat macam mana kan..sharp 3.00 pm we all gerak pulang ke rumah...masuk jer kereta qistina terus terlelap,..yang maintain riefqy...
before balik rumah..we all singgah ke jemputan akikah anak kepada pensyarah KMJ, Mahanom...alhamdulillah jam 4.30 pm kami selamat sampai ke rumah...
bibik,...cargasss...angkat barang dalam bonet ye.....
dinner malam ni pun dah ready...also bought from tesco...chicken black pepper....yummmy....
ok kawan-kawan..stop sampai sini dulu yeee..perut dah lapar ni....bye.....

Wednesday, February 23, 2011
Menu Dinner
semalam aku berkesempatan masak dinner untuk family tersayang..lepas solat asar aku dah keluarkan apa-apa yang patut dari fridge..coz lunch aku dah 'mengadap' ayam so dinner ni aku nak masak ikan pulak..lucky ada ikan selar dan cencaru dalam fridge..so bermulalah proses memasak..kelentang kelentung,..20 minit dah siap....masak yang simple-simple je..before maghrib we all satu family dah duduk kat meja makan untuk dinner...malam semalam makan awal sikit coz kol 8 dah nak hantar eky & qist gi mengaji..
kat sini aku snap lauk pauk yang aku masak semalam..ikan selar masak kicap untuk my hubby & riefqy..ikan goreng untuk qistina...ikan cencaru bakar untuk aku..(kurangkan kolesterol la katakan...huhu)...plus gak sup sawi + tauhu (aku add fish ball,fish cake,carrot & kubis bunga)

Tuesday, February 22, 2011
Pot Luck Geng-Geng Makan
pagi ni 'Geng Makan' plan nak wat pot luck..menu hari ni ialah nasi jagung..aku kena masak ayam masak merah.545am aku dah bangun untuk masak..perhhh semangat gila kalau bab pot luck..kalau nak buatkan breakfast untuk hubby sikit punya payah....cian my hubby.huhu..
di antara menu-menu lain untuk pot luck hari ni ialah dalca daging, pencuk(betul ke aku spell???),puding caramel,kek lapis asam manis,buah tembikai & air oren..
kat sini aku ada snap beberapa pic untuk tatapan semua...LAYAN

Monday, February 21, 2011
Qistina oh Qistina....
demam qistina still lagi tak kebah.pagi sabtu kol 4 am temperature badan naik sampai 39.5..aku pun terus masukkan ubat demam dalam rectum (voltaren supp)..
then 11 am aku kasi lagi ubat demam (dhamol)..
lepas zohor aku terus gi hospital pantai,melaka..aku dah siap-siap pack barang manalah tahu kalau kena admit.
sampai jer kat pantai klinik dr lim wei tsair tutup pulak..rupanya dr lim dah organize klinik pakar kanak-kanak dia sendiri kat luar..tapi dr lim still permanent kat PANTAI lagi..
aku pun bergegas ke klinik baru dr lim memandangkan anak-anak aku semuanya dah serasi dengan dr lim.klinik tu sebaris dengan King's Hotel,Melaka.dr lim baru jer launch klinik pakar baru nie 1 week ago..klinik ini dibuka setiap hari except sunday.monday to friday open from 6.30pm until 9.00pm.saturday from 9.00am until 4.00 pm..means,office hour dr lim still berada di hosp PANTAI.pandai betul doc buat duit kan...huhu....
around 4 pm barulah sampai turn qistina dapat treatment.menurut dr lim, tonsil qistina dah bengkak.maybe ni disebabkan demam dia yang terlalu panas.kalau nak diikutkan qistina memang suka minum plain water tapi maybe tak cukup untuk atasi panas dalam.so doc suggest satu ubat untuk cepat redakan bengkak tonsil tu..nama ubat tu cataflam.dr lim inform yang ubat titis ni mahal sikit..harga dia 40+..masa dr lim wat check up,suhu badan qistina 38.6..so doc terus masukkan voltaren supp. dalam rectum qistina..melalak tak ingat anak mama ni.voltaren suppository ni hanya boleh diambil in between 6-8 hours dan yang penting suhu badan must over than 38.5.
nie ubat-ubat yang qistina dapat petang tu..
total amount for the medicine & consultation is RM98..
aku kena pantau sentiasa keadaan qistina..so far malam tadi qistina dah ok..paling last aku kasi makan ubat demam kol 830 pm...pagi tadi before pergi kerja aku check suhu badan dah stabil 35.9..alhamdulillah...
kat bawah nie aku ada snap beberapa gambar masa tengah tunggu turn kat klinik..lucky ada banyak toys kat situ so leka lah sikit while waiting for our turn..ok layan jangan x layan..

Friday, February 18, 2011
Alahai Qistina..
assalamualaikum..
kesian anak mama,qistina..demam lak dia pagi ni..check suhu pagi tadi 37.8.
aku terus suap ubat demam.melalak tak ingat...minah ni memang penakut dengan ubat.tak macam abang & adik dia.aku risau tengok qistina ni,coz dia pernah ada history kena 'sawan tarik'.aku lak dah nak gi kerja..yang tak bestnya lagi hubby aku out station 3 hari.isk isk..aku berdoa sangat-sangat bibik leh handle qistina masa aku xde kat rumah.hanya allah saja yang tahu macam mana perasaan seorang ibu bila anak tak sihat..
aku baru je call bibik..bibik inform yang badan qistina dah tak panas lagi..tapi tak tau lah..pas aqeef baik demam,ganti kakak dia pulak..hope anak mama ni cepat sembuh ye sayang....

Thursday, February 17, 2011
Bersantai Bersama Anak-Anak Tersayang
assalamualaikum..
aku just nak share gambar anak-anak kesayanganku bila mereka dapat keluar beriadah petang semalam..yang paling excited of coz la qistina & aqeef..almaklumlah dari pagi dok terperap kat dalam rumah..riefqy maintain jer coz mamat ni awal-awal pagi lagi aku dah hantar dia pergi q-dees.
hilang penat bekerja bila tengok keletah diaorang ni.aku bawa hero & heroin aku gi jalan-jalan satu taman..at least dapat gak aku ber'exercise'..dapat gak hirup udara segar setelah seharian kat ofis..oklah,..JOM LAYAN......

Diet zaman batu?
Assalamualaikum...
hari ni aku ada baca satu artikel tentang diet seimbang..
sebenarnya aku ni taklah berdiet sangat tapi risau lah jugak dengan macam-macam penyakit yang aku dengar lately..for sure penyakit-penyakit ni wujud disebabkan oleh pemakanan kita yang tak seimbang..and aku percaya dengan statement "YOU ARE WHAT YOU EAT"....
kat sini aku paste kan artikel dari utusan malaysia tentang diet di zaman batu..BACA JANGAN TAK BACA!!....
DI zaman batu manusia kuat, tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak.
SEMASA berkunjung ke China dan Vietnam hati terdetik melihat rakyat di situ yang rata-rata mempunyai berat badan ideal. Mereka tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.
Apabila berjumpa dengan beberapa doktor di kedua-dua negara, mereka mengesahkan kadar obesiti di sana sangat rendah.
Saya terpanggil untuk meneliti dengan lebih terperinci corak pemakanan yang diamalkan sehingga membolehkan sistem hormon metabolik di dalam dalam tubuh mereka berfungsi dengan begitu baik sekali.
Saya dan Dr. Muzvin yang mengendalikan klinik Isahak di kompleks PKNS Shah Alam terpanggil ke Vietnam sekali lagi dua minggu lalu. Kami membuat suatu eksperimen dengan mengambil makanan Vietnam selama beberapa hari. Kami ingin merasai sendiri budaya makan di sana agar dapat mengubah corak pemakanan ke arah yang lebih baik serta menghebahkan kepada keluarga dan para pembaca yang saya sayangi.
Sarapan pagi masyarakat Vietnam adalah semangkuk ulam (lebih kurang segenggam) dan sup bihun. Cuma sedikit bihun dimasukkan dan ditambah cendawan serta sayur-sayur yang direbus sekejap. Sup sayuran itu dibuat tanpa menggunakan minyak. Masyarakat Vietnam yang beragama Islam memelihara sendiri ayam dan ternakan lain dan memastikan haiwan itu turut memakan sayur-sayuran serta rumput yang segar.
Selain sup, popia berintikan sayur-sayuran turut dihidangkan semasa sarapan. Sayur-sayuran itu dimakan mentah. Hidangan tengah hari juga merupakan sesuatu yang unik bagi kami. Menu di semua restorannya menawarkan sayur-sayuran jauh lebih banyak berbanding ikan, ayam dan daging. Kami menjeling beberapa wanita Vietnam yang sedang menikmati makanan tengah hari. Mereka makan tiga jenis sayuran dan satu jenis lauk sahaja iaitu ikan goreng. Nasi pula hanya setengah genggam.
Di Vietnam kami tidak berjumpa keropok atau makanan segera yang berperisa. Di mana-mana rakyat mereka mengunyah buah-buahan segar atau jeruk buah-buahan. Mereka turut memakan umbut dan kacang namun kami tidak berjumpa kentang dan juga ubi keledek.
Kesimpulannya, mereka tidak mengamalkan karbohidrat yang banyak. Mereka juga tahu bahawa makanan yang perlu dimasak sampai empuk mempunyai sejenis toksin yang merosakkan tubuh badan.
Di dalam diet kita sehari harian, karbohidrat merupakan komponen terbesar. Di sebelah pagi kita dihidangkan dengan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang dan pelbagai jenis nasi, mi serta roti. Makanan berasaskan gandum mengandungi karbohidrat hampir seratus peratus.
Karbohidrat merupakan salah satu gizi makanan yang mustahak untuk menghasilkan tenaga di dalam tubuh kita. Dalam kesihatan moden, karbohidrat boleh dikategorikan sebagai karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik.
Secara asasnya, semua karbohidrat merupakan bahan berstruktur gula. Jenis karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan gula di dalamnya iaitu:
# Monosakarida: 1 unit gula seperti glukosa dan fruktosa
# Dissakarida: 2 unit gula seperti sukrosa dan laktosa
# Oligosakarida dan polisakarida: Banyak unit gula seperti glikogen, kanji dan sellulosa
Secara umumnya, jenis jenis makanan yang mengandungi karbohidrat sihat adalah buah-buahan, kekacang, sayur sayuran.
Buah-buahan
Walaupun buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang sihat, namun begitu tidak semua buah-buahan adalah sama. Buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang rendah seperti nangka atau lemon adalah lebih baik berbanding buah yang mengandungi gula yang tinggi seperti mangga dan pisang.
Buah buahan yang mengandungi gula yang tinggi menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat di dalam darah apabila dimakan. Keadaan ini akan merencat penghasilan hormon yang perlu untuk anti-penuaan dan kesihatan seperti kortisol , growth hormone, testosterone, estradiol, DHEA dan androstenedione.
Peningkatan gula yang tinggi akan merangsang penghasilan hormon insulin di mana insulin akan menukar gula kepada lemak di dalam badan.
Lemak yang dikandung badan akan digunakan semula sebagai tenaga. Proses penukaran lemak kepada tenaga berlaku di mitokondria iaitu kilang tenaga dalam badan. Bagi membolehkan proses ini berlaku, kita memerlukan sistem hormon yang baik. Hormon metabolik perlu berinteraksi dengan enzim bagi membolehkan protein menjana tenaga daripada lemak.
Hormon adalah molekul aktif terbina daripada protein yang dikeluarkan oleh kilang-kilang hormon di seluruh tubuh kita. Otak kita mengeluarkan banyak jenis hormon yang mengawal metabolisme, pembesaran, daya ingatan dan jantung. Malah tidur juga dipengaruhi oleh hormon. Ini bermakna gejala insomnia juga disebabkan hormon yang tidak cukup.
Masalah hormon tidak cukup menjadi persoalan yang amat menarik. Besar kemungkinan faktor makanan kita yang sering ditambah agen pengawet menyebabkan kerosakan pada sistem hormon kita.
Kadar peningkatan gejala diabetes dan jantung membuktikan kepada kita bahawa kerosakan hormon merupakan fenomena moden yang perlu ditangani segera. Begitu juga peningkatan kadar obesiti yang merupakan masalah seluruh dunia. Mereka yang obes bukanlah seratus peratus disebabkan makan banyak. Masalah ini berpunca daripada kerosakan hormon dan menjadi kitaran obesiti yang menakutkan. Kita harus mengkaji amalan pemakanan di negara yang belum tercemar dengan budaya pemakanan dari barat. Kita harus mencontohi cara pemakanan yang sebegitu.
Toksin di dalam karbohidrat merosakkan kesihatan kita sekali gus menjadikan kita lemah, lesu, cepat tua dan diserang pelbagai penyakit.
Makanan yang terbaik adalah makanan yang tidak perlu dimasak lama. Tiada toksin di dalamnya yang perlu dibuang melalui pemanasan. Seandainya makanan itu perlu dimasak lama sebelum boleh dimakan itu bermakna makanan tersebut mempunyai toksin yang banyak. Kalau dimakan mentah akan memudarat dan mendatangkan penyakit. Saya memberi contoh kentang, nasi dan ubi yang tidak boleh dimakan mentah. Ikan dan daging lebih cepat masak berbanding nasi. Cuba anda fikirkan yang manakah yang lebih selamat dimakan. Di zaman batu (paleolithic) manusia sangat kuat tegap dan sihat dengan amalan makanan yang kurang dimasak. Diet paleolithic menjadi satu isu yang menarik untuk dikaji.
ermm..agak-agaknya boleh ke aku nak berdiet macam di zaman batu??
tepuk dada tanya iman lah ye...
bye...

Wednesday, February 16, 2011
Sedetik Lebih-Anuar Zain
Pagi tadi aku sempat dengar lagu nie masa on the way ke ofis..so bila jer ada masa free aku try search lirik lagu ni..alangkah syahdunya..tiba-tiba jiwang karat lak qistinamom ni...hehe..tak pe lah kan sekali sekala..aku nak dedicate this song to my luvly hubby...jom nyanyi..........
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Tuesday, February 15, 2011
Menu Cuti Maulidur Rasul-Spaghetti Bolognaise
Bersempena cuti Maulidur Rasul hari ni aku berkesempatan untuk masak lunch..riefqy request suruh mama dia masak spageti..so aku layan jer lah.yang penting hero aku ni nak makan (mamat nie memang payah sikit nak makan)..so kat sini aku sertakan resepinya..
Bahan-Bahan:
1 peket spageti (direbus bersama satu sudu kecil minyak)
1 tin tomato puree
1 tin cendawan butang
1 batang lobak merah (dipotong nipis)
2 biji bawang besar (dipotong nipis)
3 biji tomato (dipotong kecil)
Gula dan garam secukup rasa
150 gm daging cincang
1 sudu teh serbuk lada putih
4 ulas bawang putih
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga ia wangi.
Masukkan lobak merah, daging,tomato puree dan setengah cawan air.
Apabila mendidih, masukkan spageti, cendawan, gula dan garam.
Masak sehingga ia pekat..siap.....
kat bawah nie ada beberapa pic from my mobile uploads...zass...LAYAN.....
spageti yang telah siap(hias sikit dengan bawang goreng)
kuah spageti yang pekat & mantopp
sedia untuk dimakan-for me
sedia untuk di makan-for qistina
sedia untuk di makan-for riefqy (request nak add sausage lak)
nyum..nyumm...
pakai tangan jerlah

Monday, February 14, 2011
aqeef dah 7 bulan...
assalamualaikum..
semalam genap aqeef berusia 7 bulan.tapi yang tak bestnya pagi semalam aqeef demam..tak tinggi sangat pun (37.4)..aku kasi gak aqeef makan ubat demam then aku tidurkan dia dalam bilik aircond untuk cepat turunkan suhu badan (from dr lim wei tsair suggestion).petang aqeef dah ok..tapi malam tadi aqeef start demam lagi..so far aqeef taklah merengek cuma aku risau gak la takut demam ni melarat..
badan aqeef pun dah susut sekarang.sejak akhir-akhir ni dia susah betul nak minum susu formula.terpaksa la full 'bf'..hari ni mama dah start kerja.hope aqeef sihat cepat ye..kat sini aku upload sikit pic aqeef yang aku sempat snap semalam...zass...LAYAN....

Sunday, February 13, 2011
Menu Hari Ini
assalamualaikum..
hari ni aku nak share menu yang aku masak untuk lunch..
simple-simple jer lauk untuk lunch ni..lagipun kat dalam fridge just ada ayam je so no choice la..
ayam goreng sambal
sup sayur (bayam+cendawan+carrot+brokoli)
sebagai penambah rasa aku letakkan sedikit ikan bilis dan fish cake
sambal belacan (menu ni memang tak boleh tinggal)
ayam goreng kunyit (untuk riefqy & qistina)
chicken porridge (aku add jugak carrot,bayam,brokoli & tauhu bulat)
menu ni untuk aqeef
ok kawan-kawan...next time aku post lagi menu-menu yang lain k..
bye....

Subscribe to:
Posts (Atom)