Untuk lunch hari ni aku memang dah plan nak masak ketam..memandangkan dah lama tak makan ketam so aku pun belilah kat tesco semalam..taklah fresh sangat ketam kat situ tapi boleh lah janji ada kan...so kat sini aku nak share sikit resepi ketam sambal bersalut telur...
Mula-mula, bersihkan ketam.
Kisar halus bawang besar, bawang putih dan halia.
Kisar lada kering.
Tumis bahan kisar sama macam masak sambal tumis.
Perisakan dengan garam, gula dan asam keping (kalau xguna asam keping boleh guna asam jawa)
Bila tumisan dah masak, garing dan cukup rasa, masukkan ketam yg telah dibersihkan. gaul dan tutup sekejap hingga masak...
Pukul telur, setelah ketam masak siramkan ketam dengan telur dan gaul.... ketam akan bersalut dengan telur dan sambal... bila telur dah sebati angkat dan sedia untuk dihidang....
untuk sayur pulak..hari nie aku decide nak masak sayur lemak..oleh kerana ada labu kat rumah so apalagi layan....nie aku share sikit resepi lemak labu
Mula-mula, letakkan labu yang telah dipotong dengan bawang merah& ikan bilis tumbuk.
Tambahkan air sehingga labu tenggelam..Masak sehingga labu empuk.
Masukkan santan, sedikit serbuk kunyit dan garam.Biarkan sehingga kuah mendidih. Masukkan sedikit bayam, kubis bunga dan carrot (untuk tambahan jer)..tadaaa...dah siap
bubur aqeef lak sempoi jer hari ni..aku masak bubur labu..tapi aku add gak sikit carrot dan ikan tenggiri...nie pic nye before di blend...
Sunday, February 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment