hari ni aku plan nak buat bingka tepung gandum..tapi memandangkan dah takde santan kat rumah (malas nak g kedai), aku pun tukar menu untuk petang ni..pikir punye pikir,..last-last buat puding roti je lah..agak simple gak nak buat puding roti ni..tak perlu guna mixer pun.ok kawan-kawan,..jom layan resepi puding roti ni k..
PUDING ROTI
Bahan-bahan
5 keping roti
1 tin susu pekat manis
1 camca besar gula
1 camca besar esen vanilla
1 camca besar mentega
1 biji telur
Secubit garam
Cara membuatnya:
1. Potong roti menjadi kepingan-kepingan kecil
2. Sementara itu, masukkan susu, mentega, gula, garam dan esen vanilla dalam satu bekas
3. Pukul telur hingga kembang (guna garfu je)
4. Campurkan telur ke dalam bekas tadi dan kacau hingga rata
5. Masukkan kepingan roti ke dalam bekas tersebut dan biarkan seketika hingga roti kembang
6. Bakar selama 45 minit
7. Sedia untuk dihidangkan
puding roti yang sedang dibakar
baru sahaja dikeluarkan dari microwave oven
juadah minum petang telah sedia untuk dimakan
puding roti yang sedang dibakar
baru sahaja dikeluarkan dari microwave oven
juadah minum petang telah sedia untuk dimakan
0 comments:
Post a Comment